27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

51 kanak-kanak ahli USIA Labuan sertai Program  Khatan Beramai-Ramai

MOHD ALI   (tiga dari kiri) bersama  kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Beramai Ramai  bergambar kenangan di  Klinik Kesihatan Labuan. 

LABUAN: Seramai 51 kanak-kanak ahli Pertubuhan Agama Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai yang diadakan di Klinik Kesihatan Labuan, pada Sabtu.

Program anjuran  bersama USIA Bahagian Labuan, Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan  itu turut dihadiri oleh Timbalan  Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Hadir sama, Ketua USIA Bahagian Labuan, Mohd Ali @Aliman  Asmaran Datuk Seri Panglima Omar Bledram, Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan, Setiausaha USIA Labuan, Haji Yahya Bakri     serta ibu bapa kanak kanak yang menyertai program tersebut.

CENDERAHATI…Mohd Ali menyampaikan cenderahati sebagai tanda Kewangan kepada Datuk Lukanisman.

Sementara itu, Mohd Ali berkata program yang dianjurkan setiap tahun itu antara lain bertujuan  untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan ahli ahli USIA Bahagian Labuan selain membantu meringankan beban ibu bapa.

“Objektif utama program adalah untuk membantu mengurangkan beban kos berkhatan dan program ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan pada musim akhir tahun percutian sekolah” katanya.

Katanya, kesemua kanak-kanak yang telah selesai menjalani proses berkhatan akan diraikan dalam satu majlis Kenduri Kesyukuran  Bershadah dan Selawat Marhaban   yang akan didakan di Surau Nurul Hidayah  Batu Arang pada 9 Mac akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN