31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

500 peserta KRT  sertai  Karnival  Semarak Uniti Keluarga Malaysia

SHAHIDAN ketika melawat pameran penyalahgunaan dadah sempena Karnival Semarak Uniti JPNIN peringkat Labuan.

LABUAN: Kira kira 500 peserta Kawasan Rukun Tetangga yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat  menyertai aktiviti Berjalan Teguh Bersama sempena Karnival Semarak Uniti Keluarga Malaysia  yang diadakan di Dewan Arena Bukit Kuda, di sini, pagi Sabtu.

Program tersebut merupakan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan  Tabika Perpaduan JPNIN.

Menurut Pengarah JPNIN Labuan, Esther Dingkawan, program yang berlangsung serentak di seluruh negara itu  dilaksanakan  sebagai salah satu inisiatif dalam mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia ada terjalin di seluruh negara, termasuk di Labuan.

“Selain itu program ini juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotesme di kalangan hati rakyat sempena kita menyambut Bulan Kemerdekaan” katanya.

SHAHIDAN menyerahkan Jalur Gemilang kepada  Pengerusi KRT Durian Tunjong, Abu Bakar Yusof.

Sementara itu, kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama isteri, Datin Seri Shamsiah M. Yassin  menyemarakkan lagi  aspirasi perpaduan melalui kebersamaan dan semngat muhibah di kalangan Keluarga Malaysia.

Pengisian program tersebut didahului dengan aktiviti Berjalan Teguh Bersama sejauh 5 kilometer yang disempurnakan perlepasannya oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias seawal jam 7.30 pagi.

Turut diadakan  sempena program itu penyerahan Jalur Gemilang kepada 35 Pengerusi KRT, pameran kesihatan dan pameran jenayah berkaitan penyalahgunaan  dadah.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN