30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

500 KIR DI DUN KUNDASANG TERIMA BANTUAN

Gambar: Setalie Sarungin (kiri) semasa agihan sayur-sayuran ke kampung terlibat.

Oleh: Wartawan BDB

KUNDASANG: Seramai 500 Ketua Isi Rumah (KIR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang menerima bantuan berupa pelbagai aneka sayur-sayuran.

“Ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang, yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PBS merangkap Exco Pemuda Pusat, Setalie Sarungin berkata, edaran sayur-sayuran ini merupakan peruntukan yang disalurkan kepada Pemuda PBS daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan daripada pembekal sayur, Yamming Taralia.

Bantuan ini diagihkan ke lapan buah kampung dalam DUN berkenaan.

“Lapan kampung yang menerima bantuan ini antaranya, Kampung Togis, Perancangan, Debut Langsat, Takutan, Nalumad, Singgaron, Langsat, Kilanas, dan Kirokot”, katanya lagi.

Sementara itu, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Pemuda PBS, UPPM serta semua yang terlibat menjayakan program ‘bantuan’ ini.

“Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada Pemuda PBS dan UPPM Kundasang atas usaha murni ini,” kata Dr. Joachim.

“Para JPKK akan mengedarkan sumbangan tersebut kepada KIR di kampung masing-masing.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN