ADVERTISEMENTspot_img

50 murid SK Kerupang terima sumbangan Financial Park Labuan

Johari (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada murid SK Kerupang sambil diperhatikan Yahya (dua dari kiri) dan Mahani (kiri sekali).

LABUAN: Seramai 50 murid SK Kerupang di sini menerima sumbangan duit raya dan bakul makanan bernilai RM200 setiap seorang sumbangan Financial Park Labuan (FPL) sempena Program Ihya Ramadan Financial Park Labuan yang diadakan di sekolah itu pada Khamis.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Financial Park Labuan, Johari Mesar.

Hadir sama menyaksikan majlis itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JPNWPL), Yahya Ahmad Puteh dan Guru Besar SK Kerupang, Mahani Hussin.

Terdahulu, Johari ketika berucap pada majlis itu berkata, program Ihya Ramadan merupakan aktiviti tahunan Financial Park yang juga sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Beliau berkata pada tahun ini pihaknya telah memilih SK Kerupang sebagai wadah untuk melaksanakan program CSR dengan harapan sumbangan itu bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga murid tetapi juga menyemarakan semangat berkongsi rezeki, kasih sayang dengan komuniti.

” FPL bukan semata mata untuk mengutip keuntungan, tetapi kami sentiasa ingat untuk memberi balik dan berkongsi rezeki dengan komuniti terdekat” katanya.

Sementara itu pihak FPL sedia menyahut cadangan pihak sekolah untuk menjadikan SK Kerupang sebagai sekolah angkat FPL.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN