ADVERTISEMENTspot_img

50 ahli Teh House Ranau adakan Lawatan ke Yong Farm Stay Melalap Tenom.

OLEH : SALWAH ARAMAT

RANAU : Seramai 50 ahli Teh House dari daerah ini, mengadakan program lawatan ke Yong Farm Stay, Melalap Tenom bagi meningkatkan pepaduan dan permuafakan sedia terjalin dikalangan ahli dengan pengusaha destinasi lawatan.

Marlianah (dua kiri) bersama Asrisah (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datin Yong diperhatikan Nasmin (tengah) dan Datuk Yong.

Ketibaan rombongan tersebut yang diketuai Pengurus Teh House, Marlianah Gomolu dan disertai Penasihat Teh House Ranau, Nasmin Yantangon yang juga menyertai lawatan telah disambut mesra oleh pengusaha Yong Farm Stay,Datuk Yong Oi Kiong bersama isterinya Datin Yong.

Ahli rombongan merakam gambar bersama pengusaha Yong Farm Melalap Tenom.

Nasmin ketika ditemui memberitahu, program lawatan itu adalah telah dirancang sebagai aktiviti tahunan bagi memberi ilmu pengetahuan serta pengalaman baharu serta memupuk perpaduan dikalangan ahli tanpa membezakan suku kaum, agama dan idologi politik.

“Program seperti ini adalah acara tahunan sebagai langkah memantapkan permuafakatan sedia terjalin dikalangan ahli menerusi lawatan ke lokasi-lokasi menarik di Sabah, “Negeri Di Bawah Bayu”, tambah Nasmin bersama rombongan meneruskan lawatan mereka ke Rumah Kebudayaan Murut di Tenom dan disambut mesra oleh Pegawai petugas, Mohd.Sofirzan.-T A M A T-

Nasmin (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Mohd Sofirzan.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN