30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

5 remaja cedera, kereta dinaiki rempuh rumah di Lohan Ulu.


RANAU: Pemandu dan empat penumpang lain cedera dalam kemalangan di kilometer 10, Jalan Ranau-Lohan selepas kereta yang dipandu merempuh sebuah rumah dekat Kampung.Lohan Ulu awal pagi Ahad.

Dalam kejadian lebih kurang jam 3.30 pagi itu, pemandu seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun yang memandu Proton Iswara, cedera di bahagian muka dan kepala. Manakala empat penumpang lain mengalami pelbagai kecederaan.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Shahrul Datuk Haji Wahab dalam satu laporan berkata, kesemua mangsa yang terdiri tiga lelaki dan dua perempuan, masing-masing berumur antara 20-25 tahun telah dihantar ke Hospital Ranau untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

DAPATKAN PERKHIDMATAN KAMI

Menurut Mohd Shahrul, siasatan awal mendapati, proton Iswara yang dipandu lelaki berkenaan dari arah pekan Ranau menuju Lohan, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan sebelum merempuh bahagian hadapan sebuah rumah milik persendirian. 

“Mujur dalam kejadian itu, tuan rumah yang berumur 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun dinding rumah rosak akibat dirempuh.

“Pemandu turut diambil contoh darah untuk ujian alkohol dan dadah. Kes disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-DSP MOHD SHAHRUL-

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyataan media berkata, Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ranau telah menerima panggilan kecemasan jam 03.48 pagi ditalian MERS999.

Menurut kenyataan itu, seramai lima anggota diketuai PB Farro Rynson bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), 1 Emergency Medical Rescue Services (EMRS) telah digegaskan ke lokasi kejadian, 12 kilometer dari BBP Ranau.

“Tiba di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Proton Saga Iswara terlibat kemalangan dan mendapati pemandu serta penumpang mengalami kecederaan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke Hospital Ranau. Operasi ditamatkan pada jam 04.52 pagi,” menurut kenyataan.-TAMAT-

REMUK..keadaan kereta proton Iswara yang merempuh rumah tepi jalan di Lohan Ulu.



ROSAK… dinding rumah milik persendirian rosak akibat dirempuh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN