27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

5 pelajar sekolah telibat pergaduhan ditahan polis.

BELASAH….Seorang pelajar lelaki ketika dibelasah pelajar lain

RANAU: Polis daerah ini telah menahan lima pelajar sebuah sekolah menangah di sini selepas terlibat dalam pergaduhan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, seorang daripada lima yang ditahan adalah pelajar perempuan.

Katanya, kesemua suspek yang terlibat telah ditahan  anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di pelbagai lokasi bagi membantu siasatan.

DSP Sammy Newton

“Terdahulu, polis telah menerima satu laporan dibuat seorang pelajar lelaki sekolah berkenaan kejadian itu kira-kira 10.40 malam, semalam

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek diantara kumpulan pelajar tersebut,” katanya kepada media hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Sekiranya sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau  kedua-duanya.

Dalam pada itu, polis menyeru kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran video tersebut kerana kes tersebut kini dalam siasatan lanjut.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat melalui saluran yang betul kerana tindakan menularkan sesuatu kejadian dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman awam dan boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat.

Dalam kejadian itu, berlaku pergaduhan sekumpulan pelajar lelaki dipercayai dari sebuah sekolah menengah di daerah ini yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak petang Khamis.

Video berdurasi 15 saat itu dimuat naik menerusi akaun Facebook  sebelum dikongsikan pengguna lain.

Dalam rakaman itu, sekumpulan remaja lelaki yang memakai pakaian seragam sekolah menengah membelasah seorang pelajar lain.

Difahamkan, pergaduhan itu berlaku di luar pekarangan sekolah, selepas sesi persekolahan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN