Azlan (enam kanan) dan Mohd Abdullah (lima kiri) bersama pegawai bomba dan UMSKAL.
LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan membuat pemeriksaan ke atas bangunan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bagi tujuan permohonan pembaharuan Perakuan Bomba (Fire Certificate).
Pemeriksaan yang diadakan baru baru ini telah diketuai PKPGB Penolong Kanan Penguasa Bomba, Azlan Talin, PPGB Huzyman Malikin (Penolong Penguasa Bomba), PPGB Nur Fatin Nadia Jamain (Penolong Penguasa Bomba) dan PB Mohd Syazwan Wohanis (Pegawai Bomba).
Menurut kenyataan UMSKAL, pemeriksaanemeriksaan berkenaan bertujuan menilai tahap pematuhan bangunan terhadap keperluan keselamatan kebakaran sebagaimana yang ditetapkan sebelum pembaharuan Perakuan Bomba (Akta Perkhidmatan Bomba 1988) diperakukan.
Antara aspek yang diberi perhatian termasuk keadaan dan fungsi sistem penggera kebakaran, sistem lif bomba, sistem pam pancur basah, pili bomba, hos gelendung (hose reel), lampu kecemasan, alat pemadam api serta laluan keluar kecemasan.
Turut hadir sepanjang pemeriksaan ialah Ketua Sektor Pembangunan dan Penyelenggaraan yang Ketua Penolong Jurutera, Mohd Abdullah Manggul.
Beliau bersama kakitangan daripada Sektor Pembangunan dan Penyelenggaraan UMSKAL telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak JBPM Labuan dengan menyediakan dokumen berkaitan, rekod penyelenggaraan sistem kebombaan serta membantu pemeriksaan di lokasi-lokasi yang terlibat bagi melancarkan proses pemeriksaan.
UMSKAL komited untuk memastikan setiap bangunan universiti sentiasa memenuhi standard keselamatan kebakaran yang ditetapkan demi menjamin keselamatan warga kampus, pelajar, kakitangan serta semua pengunjung.
Komitmen ini selaras dengan usaha berterusan universiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang selamat, kondusif dan mematuhi keperluan pihak berkuasa.



