Md Fadzli (tujuh dari kiri) bersama penerima Biasiswa MAIWP.
LABUAN: Seramai 48 Murid Tingkatkan Satu menerima Biasiswa Sekolah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi sesi 2024/2025.
Kesemua penerima bantuan Biasiswa berkenaan merupakan murid Tingkatan Satu yang layak daripada 122 murid yang memohon bantuan tersebut.
Majlis penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Md Fadzli Md Saad yang di adakan di Dewan Seminar Al Fateh MAIWP Labuan.
Terdahulu ketika berucap, Md Fadzli berkata penerima bantuan tersebut adalah di kalangan murid Tingkatan Satu yang mencapai keputusan cemerlang selepas tamat Tahun Enam Sekolah Rendah sesi 2023.
“Setiap murid akan menerima Bantuan Biasiswa RM1500 (setahun) membabitkan peruntukan MAIWP sebanyak RM72,000”, katanya.Md Fadzli berkata pada tahun 2024, MAIWP membelanjakan lebih RM 10 juta untuk kluster pendidikan termasuk menyalurkan Bantuan Am Persekolahan untuk asnaf fakir, miskin, mualaf dan Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang.
“Bantuan Biasiswa Sekolah bagi Tingkatan Satu hingga Tiga adalah sebanyak RM1,500 setahun, Tingkatan Empat hingga Lima RM2,500 setahun, Tingkatan Enam RM3,500 setahun dan mereka perlu bekerja keras untuk mengekalkan kecemerlangan sekali gus mengekalkan keputusan yang baik”, katanya.
Dalam pada itu beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau pelajaran aerta sentiasa memberi dorongan kepada anak anak agar dapat meneruskan kecemerlangan hingga ke peringkat lebih tinggi.