32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

47 guru SMK Taman Perumahan Bedaun hadiri Bengkel Pembangunan Profesional Berterusan

BENGKEL…. – Ag Rozlan (atas kiri) bersama guru-guru yang menghadiri Program Pembangunan Profeisonal Berterusan (CPD) Standrd 4 SKPMg2 dan Langkah-langkah Perancangan Kajian Tindakan yang dilaksanakan secara maya pada Selasa lalu.

LABUAN: Seramai 47 guru SMK Taman Perumahan Bedaun menyertai Bengkel Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) anjuran bersama Pegawai SIC+ Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JPNWPL)  dan Guru-Guru SMK Taman Perumahan Bedaun yang diadakan pada Selasa lalu.

Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Juraidah Aman dan Suriani Alland Rice Oxley  melalui  taklimat berkaitan Standard 4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dan Perancangan Kajian Tindakan yang dijalankan secara dua hala, membabitkan  sesi soal jawab antara pegawai SISC+ dan warga guru.

PENGETUA….. SMK Taman Perumahan Bedaun, Ag Rozlan menyampaikan ucapan alu-aluan untuk program CPD sekolah pada Selasa lalu.

Bengkel ini juga secara langsung berupaya meningkatkan kualiti pendidik terutamanya apabila guru melaksanakan Kajian Tindakan. 

Menurut Suriani, Kajian Tindakan yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu guru menyelesaikan permasalahan murid dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Katanya, bengkel  ini juga dapat memberikan impak berkesan terhadap murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata dalam meningkatkan kualiti guru, pegawai SISC+ boleh membimbing guru untuk mengamalkan pedagogi menarik, kreatif dan inovatif supaya pembelajaran dan pengajaran kepada murid dapat dilakukan secara berkesan.

“Bengkel ini bukan sahaja memberi manfaat untuk meningkatkan kualiti guru di sekolah, malah membolehkan amalan terbaik guru dikongsi bersama guru-guru di sekolah lain.

“Berdasarkan taklimat di bawah Standard 4 SKPMg2, guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses PdPc yang berkesan untuk memperkembangan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan,”katanya.

Menurut Juraidah Aman pula, kaedah PdPc yang baik adalah yang berpusatkan pelajar serta berlakunya PdPC dua hala antara guru dan murid, di samping penyerapan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir dan teknologi maklumat serta komunikasi di dalam dan di luar bilik darjah.

Oleh hal yang demikian, guru-guru perlu mencari pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik pengajaran baharu agar pelajar pasca merdeka kini suka akan guru sekali gus pengajaran guru.

Katanya, dalam mendepani pandemik COVID-19, warga guru SMKTPB berusaha untuk menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang berkesan kepada murid.

“Pegawai SISC+ bukan sahaja memainkan peranan dalam memberi bimbingan dalam sesi PdPc dan PDPR, malah membimbing guru-guru dalam meningkatkan profesionalisme keguruan bagi menyediakan guru yang akan menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama.

“Bagi merealisasikan hasrat ini semua pihak harus menggalas tugas tidak berbelah bagi untuk melahirkan bakal guru berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin,”katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun Ag Rozlan  Manan ketika berucap  merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai SISC+ Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Labuan yang sudi meluangkan masa membimbing guru-guru SMKTPB.

Beliau turut memaklumkan sekolah telah meletakkan KPI semua panitia melaksanakan kajian tindakan untuk peningkatan kualiti pembelajaran murid-murid yang seterusnya dapat meningkatkan skor Standard 4 SKPMg2 dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), dengan pelaksanaan bengkel CPD ini mengorak langkah untuk KPI ini.

Turut hadir bersama Penolong Kanan Pentadbiran, Chai Yee San dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, Lau Chin Ying serta 47 guru.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN