Pemenang Perseorangan Lelaki 16 Tahun
PUTATAN: Seramai 466 mengambil bahagian dalam Kejohonan Badminton Remaja Terbuka Sabah selama dua hari yang berlangsung di Juara Badminton Arena Putatan.
Pertandingan yang diadakan dari 22-23 Februari itu membabitkan 18 kategori anjuran Persatuan Badminton Sabah dengan kerjasama Hurrincane Sport.
Bagi Kategori Perseorangan Lelaki Terbuka dimenangi oleh Chong Kein Hiung dari Chong Badminton Club, Naib johan dimenangi oleh Lin Yao Rong juga dari Chong Badminton Club, Ketiga bersama dimenangi oleh Josua Aegidus dari Kelab OPBC dan Lincoln Isaac Shim .
Perseorangan Perempuan Bawah umur 16 tahun dimenangi oleh Deirdre Gianna Michael dari Kelab
CR Shuttle BC, Naib johan dimenangi oleh Jessie Aegidius dari Kelab OPBC, Ketiga dimenangi bersama oleh Clarylyn Ashabelle Nuli George Albert dari Kelab Cybersafety dan Siti Nur Hanisah Binti Zunaide.

Pemenang Beregu Lelaki 16 Tahun
Bagi Kategori Bergu Perempuan Bawah 14 Tahun johan dimenangi Ivanqa Ceillina Chang bersama pasanganya Jenelle Woliston Dari Kelab TSBC Defencer, Naib johan dimenangi Davianne Lourdes Ferdinand bersama pasanganya Theresa tresia Toby dari Kelab OPBC, Tempat ketiga bersama dimenangi oleh Cassandra Kong bersama pasanganya Chloe Wong dari Kelab Ace Brio dan Bethanee Luv Jerome Ang bersama pasanganya Kimberly Madelyn Spencer dari Kelab CR Shuttle BC.
Perseorangan Lelaki Bawah 10 tahun johan dimenangi oleh Uzair Hydar Zulkifly dari Kelab SCBA, naib johan dimenangi oleh Muhammad Afifsyam Bin Ambri dari Chong Badminton Club, Ketiga bersama dimenangi oleh Chaldon Rizvell Rompong dari Kelab CR shuttle BC dan Aaron Frank Jonid Gunsalam dari Kelab Mazutect.
Beregu Lelaki Bawah Umur 10 tahun johan dimenangi oleh Cahldon Rizvell Rompong bersama pasanganya Uzair Hydar Zulkifly dari Kelab CR Shuttle BC/SDBA, Naib johan dimenangi oleh Faez Haqqem Bin Mustadi bersama pasanganya Muhammad irfan Asyraf Bin Mustifin dari kelab EBC, Tempat ketiga bersama dimenangi oleh Jeyden Kow bersamapasanganya Voon Yi Feng dari Kelab Ace Brio dan Leo Lee Khai Zhe Bersama pasanganya Muhammad Afifsyam Bin Ambri dari Chong Badminton Club.
Semua pemenang untuk juara nenerima hadiah berupa raket, wang tunai, medal dan sijil. Pemenang naib johan dan ketiga bersama menerima hadiah wang tunai, medal dan sijil.

JAWATANKUASA PENGANJUR…..Eddy (duduk 4 kiri)
Semua pemain yang menyertai kejohanan ini juga mendapat baucer diskaun untuk pembeluan raket jenis Protech dari Hurrincane.
Menurut Pengerusi penganjur bersama Eddy Azman Jamal ketika ditemui selepas kejohanan berkata kejohanan ini telah mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Badminton Sabah (SBA).
Majlis penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Anthony Liaw iaitu Naib Presiden 1 SBA , Andrew Celeron (Pengadil Kejohanan) dan Rechine Jikah selaku Setiausaha Kehormat SBA..
Dalam masa yang sama Rechine memberitahu setiap pertandingan mestilah meminta kebenaran dari SBA yang secara tidak langsung memberikan kerjasama kepada Persatuan Badminton Negeri .
Katanya lagi, bahawa kami Ahli Majilis SBA sentiasa memberi sokongan penuh pada Kejohanan ini.