SIDANG AKHBAR….. Rozman (kiri) bersama calon DUN Sindumin, Dr. Yusof pada sidang akhbar selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna Sipitang.
LABUAN: Kesemua 46 calon parti Warisan Sabah yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bukan sahaja berpengalaman tetapi juga berintegriti dan diyakini rakyat.
Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya parti Warisan Sabah Datuk Rozman Isli brkata, kesemua calon yang bertanding di 46 kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga telah melepasi saringan yang menjadi keutamaan dalam parti iaitu kesetiaan dalam perjuangan parti.
“Kami yakin kesemua 46 barisan calon yang diturunkan pada PRN kali ini terdiri daripada muka lama dan baharu mempunyai pengalaman dan berlatar belakang calon yang berintegriti serta mempunyai akademik mampu membantu semula kerajaan dan meneruskan momentum dan agenda pembangunan negeri untuk rakyat Sabah” katanya.
Belia berkata demikian ketika ditemui pada majlis penamaamn calon DUN Sindumin di Dewan Serbaguna Sipitang pada, Sabtu.
Pada PRN kali ke 16 ini, penyandang kerusi DUN Sindumin Datuk Dr. Yusof Yacob akan ditentang lima calon parti lawan masing-masing dari parti UMNO (BN), Parti Cinta Sabah (PCS), USNO, LDP dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
Rozman yang juga Ahli Parlimen Labuan merangkap Ketua Bahagian parti Warisan Labuan berkata sepanjang Warisan menerajui pentadbiran kerajaan negeri Sabah telah berjaya melaksanakan pelbagai pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat berbilang kaum di negeri ini.
“ Dan contoh yang lebih jelas ialah melaksanakan beberapa perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) dan ini diakui sendiri oleh rakyat Sabah. Manakala beberapa perkara (baki) yang terkandung dalam MA1963 akan terus dituntut oleh pucuk pimpinan parti Warisan Sabah.
Jelas Rozman lagi, senario politik di Sabah kini telah berubah atas kebijaksanaan rakyat Sabah terutamanyan generasi muda yang celik teknologi maklumat.
“Sudah semestinya lah sentimen tempatan yang menjurus kepada kepentingan hak negeri dan rakyat Sabah sering dilaungkan oleh mereka ini (pengundi) akan terus diperjuangkan oleh parti tempatan dengan perjuangan berorientasikan rakyat Sabah,” katanya.
Sementara itu katanya, penampilan semula ramai pemimpin politik lama dalam persaingan PRN 16 yang dianggap ‘satu kemusykilan’ kepada masyarakat umum akan memberi kelebihan kepada calon-calon Warisan dan Warisan Plus.