29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

45 Waris keluarga  Panglima Haji Laut   berkumpul bersihkan makam Panglima Haji Laut 

WARIS keluarga Panglima Haji Laut berkumpul selepas bergotong royong membersihkan Makam Panglima Haji Laut di Kampung Siang-Siang Lawa

LABUAN: Seramai 45 ahli waris keluarga Panglima Haji Laut   berhimpun  sempena  program gotong royong membersihkan Makam Panglima Haji Laut di Kampung  Siang-Siang, Lawas Sarawak baru baru ini.

Kesemua waris  sembilan generasi  yang   datang dari pelbagai  penjuru termasuk  dari Labuan, Lawas, Sipitang, Kota Kinabalu, Semenanjung Malaysia dan Brunei Darusalam berkumpul sehari di Pekan Lawas sebelum memulakan perjalanan menggunakan  laluan sungai  ke Makam Panglima Haji Laut di Kampung Siang-Siang.

Program yang diadakan untuk kali ke lima itu dianjurkan oleh Keluarga Panglima Haji Laut (KPHL) Labuan dan Lawas  dengan kerjasama Persatuan Keluarga Haji Talif @Ungking dan Kelab Tarik Tali Apachee Labuan.

Menurut Pengerusi penganjur yang juga Pengersui Persatuan Keluarga Haji Talif @Ungking, Aswadee  Haji Ahok program   yang tersebut antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada waris mengenai pentingnya sesebuah institusi kekeluargaan dalam diri masing masing.

 “Selain itu,  program  ini juga memberi ruang kepada seluruh waris Panglima Haji Laut untuk mengenali lebih dekat sekaligus  mengeratkan lagi  hubungan  silaturahim dikalangan ahli keluarga” katanya.

ASWADEE menunjukkan batu nisan dan makam Panglima Haji Laut yang berusia lebih 124 tahun.

Aswadee berkata, selain membersihkan makam Panglima Haji Laut, ahli waris turut bergotong royong membina sebuah jambatan (titian) kayu kecil  sebagai laluan baharu menuju ke makam berkenaan. 

“ Turut diadakan majlis bacaan Tahlil Arwah serta majlis penyerahan wakaf naskah surah Yasin di Masjid Kampung Punang serta surau Kampung Sualai dan surau kampung Balipat  di daerah Lawas” katanya.

Menurut Aswadee makam Panglima Haji Laut  yang berusia lebih 124 tahun dipercayai mempunyai hubungkait dengan kerabat istana di zaman  Kesultanan Brunei Darussalam masa lalu.

Katanya, Panglima Haji Laut merupakan seorang yang terkenal dan sangat berpengaruh semasa zamannya. Beliau terkenal sebagai seorang yang mempunyai keberanian dan kekuatan tenaga yang luar biasa  dan disegani.

Selain itu, Panglima Haji Laut merupakan seorang pelayar yang hebat dan mempunyai sebuah kapal sendiri yang digunakan sebagai tumpangan masyarakat setempat untuk menunaikan haji.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN