27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

4,152 premis jual keperluan asas untuk penerima SARA

Armizan, Jonathan, Abidin dan lain-lain melakukan simbolik perasmian majlis itu

RANAU: Para penerima SARA boleh membeli barangan keperluan asas di 4,152 premis pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara termasuk 470 premis di negeri Sabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Bin Mohd Ali berkata, selain pembelian di premis-premis tetap sedia ada, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan agar bantuan SARA juga boleh diguna pakai untuk pembelian di PJRM Bergerak kelak.

Inisiatif ini, katanya, membolehkan para penerima SARA khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman membuat pembelian menggunakan bantuan SARA yang diberikan di dalam MyKad di lokasi-lokasi PJRM bergerak.

Menurut beliau, bagi negeri Sabah, sehingga Julai 2025, sebanyak RM410 juta telah disalurkan kepada 830,000 penerima STR.

Tambah beliau, RM500 juta juga telah disalurkan kepada 506,000 penerima SARA.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar
berkata demikian semasa merasmikan Progeam Jelajah Karnival KPDN 2025 Dan Kempen Beli Barang Buatan Malaysia Zon Sabah yang diadakan di Kompleks Sukan Ranau pada Sabtu.

KPDN meneruskan penganjuran Program Jelajah Karnival KPDN dan Kempen Beli Barangan Malaysia Siri 2 Tahun 2025 bagi Zon Sabah di Ranau.

Penganjuran program selama 3 hari bermula 25 hingga 27 Julai 2025 ini
dijangka akan menarik seramai 60 ribu pengunjung.

Objektif utama penganjuran adalah untuk merakyatkan perkhidmatan kerajaan di akar umbi khususnya perkhidmatan di bawah tanggungjawab dan kefungsian KPDN.

Karnival KPDN 2025 juga menjadi pemangkin dalam memperkasa Kempen
Beli Barangan Malaysia (KBBM)2025 menerusi tema “Jom Beli Lokal” sebagai sokongan berterusan terhadap produk tempatan dan pengukuhan ekonomi domestik.

Armizan menambah bahawa, kempen ini adalah langkah strategik untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi domestik sekali gus membantu
usahawan dan perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) tempatan
dalam peluasan jaringan pasaran.

“Pada masa yang sama, inisiatif ini memberi ruang untuk menonjolkan kualiti produk tempatan yang boleh menjadi pilihan utama sekali gus dapat
mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import.

“Peruntukan Tambahan Inisiatif Payung Rahmah MADANI KPDN menyambut baik tambahan peruntukan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sebanyak RM300 juta yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada 23 Julai 2025 lalu.

“Melalui peruntukan tambahan ini, KPDN akan meningkatkan kekerapan pelaksanaan PJRM di seluruh negara dengan sasaran sebanyak 20 ribu siri
pelaksanaan PJRM sepanjang tahun 2025,” katanya.

Bagi negeri Sabah, Armizan memberitahu bahawa KPDN menyasarkan sebanyak 2,276 siri PJRM sepanjang tahun ini.

Bermula 1 Januari hingga 26 Julai 2025, sebanyak 1,089 siri PJRM telah dilaksanakan di Sabah.

Peluasan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) Untuk Semua KPDN turut mengalu-alukan dan menghargai inisiatif dan ikhtiar berpaksikan kesejahteraan rakyat melalui tambahan peruntukan Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun ini.

Tambahan sebanyak RM2 bilion ini adalah untuk bantuan SARA RM100 secara one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Pada masa yang sama, katanya, KPDN akan berkerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memperluaskan akses kepada penerima SARA untuk membeli barangan keperluan asas.

Turut hadir di majlis itu, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN