27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

41 pelajar UMS dijangka pulang ke Labuan pada 13 Mei depan

SIDANG MEDIA…. Dr. Fary (kanan) bersama Supt. Muhamad Farid dan Nurzalizah pada sidang media mingguan PKOB di Wisma Perbadanan Labuan pada Ahad.



LABUAN: Seramai 41 pelajar warga Labuan yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu di jangka akan pulang ke Labuan pada 13 Mei depan menaiki bas dan feri.


Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata, kesemua pelajar itu kini sedang menjalani proses kuarantin di UMS selama 14 hari sejak 29 April lalu.


“Saya difahamkan terdapat seramai 41` pelajar akan pulang ke Labuan yang ketika ini sedang dikuarantin di UMS dan sekiranya semua mereka ini   bebas Covid 19 maka  mereka akan di bawa pulang pada 13 Mei” katanya.”


Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Wisma Perbadanan Labuan, pada Ahad.


Hadir sama, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Nurzalizah Kartika Abdullah, Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  (Pembangunan), Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi dan Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Mohd. Sidek.


Bagaimanapun Dr, Fary berkata, sebaik tiba  di Labuan, pelajar tersebut  sekali lagi  akan menjalani saringan kesihatan dan akan ditempatkan   di Pusat Kuarantin Giat Mara untuk tempoh beberapa hari bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan bebas daripada gejala Covid 19.


“ Kita dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan,  kesemua  pelajar itu akan menjalani proses  saringan kesihatan  dan   di kuarantin  untuk tempoh beberapa hari di Pusat Kuarantin Giat Mara sebelum mereka di benarkan pulang kepangkuan keluarga masing- masing” katanya.


Beliau berkata, proses saringan kesihatan itu perlu memandang pergerakan mereka dan perjalanan mereka yang agak jauh  menaiki bas dan  feri untuk balik ke Labuan berkemungkinan mereka terdedah  dengan kontak dan sebagainya.


Dalam pada itu, beliau menasihat ibu bapa pelajar tersebut supaya tidak merasa bimbang dan risau tentang keselamatan dan kebajikan anak-anak mereka semasa dalam perjalanan pulang mahupun  ketika dalam pusat kuarantin.


“Pihak pengurusan Jawatankuasa Bencana  sentiasa berhubung dengan ibu bapa pelajar sekiranya  berlaku perubahan  Prosedur Operasi Standart (SOP) yang baharu. –TAMAT


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN