31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

40 Ribu Individu Diberi Pelepasan Senarai Bankrap

Juliah (tengah) memotong kek sambutan Hari Bapa sambil disaksikan oleh Jasnih (kiri) dan Suszma (dua dari kanan).

TUARAN : Hampir 40,000 individu di negara ini diberi pelepasan daripada senarai bankrap setakat Februari lalu.


Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS), Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag berkata, berdasarkan statistik daripada Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Sabah merupakan antara negeri yang tertinggi direkodkan bilangan orang muflis bagi tempoh 2020 hingga Mei 2022.


“Bagi tempoh berkenaan, seramai 17,599 orang telah dilaporkan muflis atau bankrap di seluruh negara, dengan 1,642 adalah bagi negeri Sabah.

“Statistik ini menunjukkan betapa seriusnya masalah keberhutangan dan kes bankrap melibatkan rakyat Malaysia, termasuk di Sabah.

“Jabatan Insolvensi Malaysia menyatakan hampir 40,000 individu telah diberi pelepasan daripada senarai bankrap setakat Februari lalu melalui Dasar Peluang Kedua.


“Oleh itu, manfaatkanlah sepenuhnya program seperti hari ini agar kita dapat mengurus kewangan dengan lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jerayawara Santuni Komuniti Madani Parenting @ LPPKN : SMARTFinance Pantai Dalit di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah Sabah, pada Khamis.


Dalam pada itu, Juliah menyeru ibu bapa supaya terus memainkan peranan aktif dalam memastikan kesejahteraan keluarga masing-masing.


“Tanggungjawab kita bukan sekadar memberi nafkah, tetapi juga memainkan peranan aktif dalam memastikan kesejahteraan keluarga masing-masing.


“Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya kerana ia memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan mereka,” tambahnya.


Program Jerayawara berkenaan merupakan siri penjelajahan ke-18 dan akan diteruskan ke seluruh negeri mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipilih.


Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Naib Yang DiPertua II, Datin Seri Panglima Linda Ewit yang juga Pengerusi Biro Kebajikan MUTIARA-GRS, Penyelaras Jerayawara Santuni Komuniti Madani Kawasan DUN Pantai Dalit, Datin Haraini Usman, Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee dan Pengarah Kanan 

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suszma Khairitszi Mamat.- PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN