27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

4 lelaki temptan bakal berdepan hukuman mati

SIJIL… Mohd Hazimi menyampaikan sijil penghargaan Ketua Polis Daerah Labuan kepada Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, ASP Vernon Sinclair pada Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke 217 peringkat Labuan, pada Isnin.

LABUAN:  Empat lelaki tempatan  bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan selepas didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala 11 lagi  didakwa di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah berbahaya 1952 yang dikategorikan sebagai kes bakalaN dan  jika sabit kesalahan  penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 5 tahun dan hukuman sebat tidak kurang 3 sebatan.

Kesemua mereka  yang berumur dalam lingkuangan 30an telahpun dituduh di Mahkamah dan kini menunggu tarikh perbicaraan.

Demikian diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan  Mohd Hazimi Halim kepada pemberita  pada Perhimpunan Peringatan  Hari Polis ke 217 peringkat Labuan di sini, pada Isnin.

Jelas beliau  untuk tempoh 1 Januari hingga 24 Mac lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN)  Daerah IPD Labuan telah menangkap seramai 155 orang atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding  tempoh yang sama tahun lalu.

“Dalam tempoh yang sama pihak polis juga telah berjaya menangkap 121 orang  di Bawah Seksyen  15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya dan daripada jumlah itu 5 orang telah dikenakan tindakan di Bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah berbahaya 1952 (Langkah- Langkah   Pencegahan Khas)” katanya.

Menurut Mohd Hazimi lagi, dalam tempoh yang sama (1 Jan- 24 Mac)   pihak polis juga telah berjaya membuat pelbagai rampasan  dadah  termasuk harta penjenayah bernilai RM71,707.84.

Beliau turut menyeru masyarakat agar bersama sama dengan pihak polis dalam  membanteras gejala dadah dengan menyalurkan maklumat.

“Pihak polis memberi jaminan setiap pemberi maklumat akan dilindungi identiti dan kerahsiannya seperti yang diperuntukan di bawah undang-undang sedia ada dalam membendung aktiviti pengedaran dadah berbahaya” , katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN