25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

4 faktor teras keutuhan parti-Hendrus

Hendrus Anding (tiga, kiri) dalam AGM PBS DUN Pitas yang ke-35.

0leh: Celestina U. Buandi

PITAS, 17 April 2021: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang ke-35 bagi Parti Bersatu Sabah (PBS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas di Dewan Terbuka Senandung Malam, kampung Tambilidon, Pitas, hari ini.

Hendrus Anding yang juga Penolong Setiausaha Agung PBS Pusat dalam ucapannya berkata, empat faktor yang membantu kekuatan sesebuah parti ialah semangat sayangkan parti, pengurusan cawangan yang baik, sikap kepimpinan yang berkualiti peringkat akar umbi parti dan sikap ahli yg berintergiriti tinggi.

“Sekiranya dalam barisan kepimpinan parti mempunyai empat faktor ini, saya yakin kekuatan parti tidak akan tergugat”, jelas Hendrus.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan ini menyarankan agar PBS DUN Pitas untuk berusaha menambahkan keahlian serta mengemaskini pendaftaran dan sekaligus meningkatkan aktiviti parti agar terus relevan dalam pentas politik.

Dalam pada itu, Hendrus menyerahkan sumbangan berupa komputer riba (laptop) dan printer untuk kegunaan Pejabat bahagian.

“Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Dato’ Dr. Ruddy Awah di atas di atas sumbangan dan keperihatinanya kepada PBS DUN Pitas”, kata Hendrus.

Hendrus turut mengucapkan tahniah kepada Awang Okik, Ketua Bahagian serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJK) kerana berjaya mesyuarat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Ketua Pemuda PBS Pusat, Christopher Mandut; Ketua Bahagian PBS DUN Bengkoka, Dr Somuil Mopun dan Kapitan Cina PBS DUN Bengkoka, Ng Lai Tau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN