Prof Madya Dr Geoffrey (tengah) bersama tetamu ketika merasmikan Program RAGAKA24.
LABUAN: Program Rami Gawai Kaamatan 2024 (RAGAKA24) yang di anjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) mampu memupuk rasa cinta akan keunikan budaya pelbagai etnik yang terdapat di negara ini terutama di Sabah dan Sarawak.
Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa (FKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata, program itu juga mampu meningkatkan pengalaman pelajar dan menyumbang kepada keharmonian dalam kalangan komuniti universiti.
SEBAHAGIAN pelajar yang menyertai RAGAKA24
“Perbezaan budaya dan agama bukan penghalang untuk sama sama meraikan sambutan perayaan yang diraikan oleh etnik pelbagai kaum seperti Pesta Kaamatan dan Gawai yang lazimnya merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat etnik di Sabah dan Sarawak” katanya ketika berucap merasmikan Program Rami Gawai Kaamatan 2024 (RAGAKA24) di UMSKAL, Ahad lalu.
Selain itu katanya, program tersebut mampu memperkukuhkan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Sementara itu, Pengarah Program RAGAKA24, Drusilla Jelsie Dampa berkata, lebih 100 pelajar terlibat dalam menjayakan program yang dijalankan selama dua hari itu.
Katanya, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk parmeran barangan tradisional Sabah dan Sarawak, pertandingan Sugandoi, pertandingan Mr Ragaka dan Ms Ragaka yang disertai oleh para pelajar.