32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

39 usahawan MID/ SEDCO sertai MAHA 2022

Dr. Joachim (kanan) bersama Ronald semasa mengadakan lawatan ke MAHA 2022, yang diadakan di Serdang, Selangor.

SELANGOR: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah meluangkan masa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 semasa lawatan kerjanya ke negeri itu kelmarin.

Semasa di sana, beliau bersama rombongan MID juga telah bertemu dengan usahawan di bawah Kementerian yang telah menyertai MAHA pada kali ini.

Seramai 39 usahawan di bawah MID/ SEDCO telah menyertai MAHA 2022 yang berlangsung selama 10 hari bermula 4 Ogos.

Dalam kunjungan itu, Dr. Joachim telah disambut oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Dr. Ronald Kiandee.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Haizar Razif Hisham Ajaz Nabijan; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Cecelia Amid; Pegawai MID serta petugas sekretariat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN