JOHAN…. Pasukan RHG Rough Labuan menerima hadiah daripada Haji Rithuan (empat dari kanan).
LABUAN: Seramai 384 peserta dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Pertandingan E-Sukan @E-Sport Wilayah 2022 yang diadakan di ruang legar Ujana Kewangan anjuran Perbadanan Labuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Sebanyak dua kategori di pertandingkan membabitkan E_Football Pro Evolution PES 2021 dan PUBG Mobile yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM5,000.
Sementara itu, pasukan RHG Rouge Labuan muncul juara bagi kategori PUBG Mobile untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, naib johan dimenangi oleh pasukan NSP Error GN untuk menerima hadiah wang tunai RM500.

PEMENANG bergambar kenangan bersam Haji Rithuan dan penganjur pertandingan
Tempat ketiga dan keempat masing- masing dimenangi oleh pasukan No Drugs Esport untuk menerima hadiah wang tunai RM400 dan pasukan Yokai Moonlight menerima hadiah wang tunai RM300.
Bagi kategori E-Football Pro Evolutin PES 2021, johan disandang oleh Mohd Khalil Rafee untuk menerima hadiah wang tunai RM500, naib johan dimenangi oleh Mohd Aiman Zikri Parmin menerima hadiah wang tunai RM300.
Tempat ketiga dimenangi olehg Zullary Amran menerima hadiah wang tuani RM200 dan tempat keempat dimenangi oleh Muhammad Nazri Arbi membawa pulang hadiah wang tunai RM100.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.



