30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

350 sertai Fun Run sejauh 3KM

Para peserta yang menyertai larian tersebut berkumpul di bahagian pelepasan


TAMBUNAN: Seramai 350 murid pelbagai sekolah bersama masyarakat sekitar di sini menjayakan acara Larian Ria 3KM yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kinabaan di Kompleks Sukan Tambunan, Sabtu lalu.


Para peserta terdiri daripada pelajar SMK Tambunan, SMK Nambayan, SM ST Martin, SMK Desa Wawasan, Kolej Komuniti Tambunan, SK Kinabaan, SK Kiawayan, SK Ragkam, SK Sunsuron, SK Nambayan, SK Pekan Tambunan, SK Garas, SK Monsok Tengah, SK Patau, SRK St Theresa, SJKC Yuh Min, Tadika SJKC Yuh Min dan anggota masyarakat.


Larian yang bermula pada jam 7.00 pagi itu berjalan dengan jayanya dengan pelancaran dan perasmian yang dikendalikan oleh DDO Tambunan, Therace Yong, bersama Pengerusi Penganjur merangkap YDP PIBG, Hereeyle Ginsos.


Menurut Penasihat Penganjur yang juga Guru Besar SK Kinabaan Gulit Bin Rukag, matlamat utama penganjuran Fun Run dan MSSD Walk ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua murid dan juga warga Tambunan yang terlibat dalam aktiviti sihat.


Selain itu, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi menampung kos murid SK Kinabaan menyertai Kejohanan MSSD.


Menurutnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan pihak penganjur bercadang untuk meneruskan program Fun Run ini sebagai aktiviti tahunan PIBG setiap tahun.


Kemuncak Acara Larian Seronok 3KM ialah cabutan bertuah dan hadiah utama berupa motosikal dan dimenangi oleh Clarice dari SMK Tambunan, Laptop (Allen dari Kg Tontolob), TV (Gulit Rukag, SK Kinabaan), Handphone (Jessica Daulip, SK Kiawayan), Printer (Oliver, Kg Botung) dan basikal (Jusli bin Dullah).

Penyampaian cenderahati kepada perasmi dan pelepasan peserta Fun Run 3 KM Therace Yong


Selain itu, cabutan bib bertuah turut diadakan dan hadiahnya ialah 10 cabutan minyak masak, 10 cabutan beras 5KG dan 10 cabutan dengan harga RM10.


Tambahnya, pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang sepanjang aktiviti ini dijalankan terutama Pejabat Wakil Rakyat Tambunan yang menyumbangkan TV 50″ untuk hadiah cabutan tiket bertuah.


“Terima kasih juga kepada Pinjaman Sabah Kredit Tambunan yang menyumbang kerusi, dan juga kepada Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Haison bin Jahudin kerana membenarkan penyertaan pelajar dari empat sekolah menengah dan 33 sekolah rendah di daerah Tambunan.


“Tidak dilupakan kepada semua pengetua dan semua guru besar di daerah Tambunan yang memberi kerjasama sepanjang penganjuran Acara Fun Run 3KM ini. Terima kasih juga kepada Kedai Soon Soon Keningau untuk Gerbang (running gate).

“Kami juga menghargai sumbangan Sabindo Toboh yang menyumbang air mineral untuk peserta, Marcilla Jumin dan Nisrinah Jahari yang menyumbang mesin pencetak, telefon bimbit serta menyediakan makanan dan minuman kepada peserta,” katanya.


Selain itu, tambahnya, pihak sekolah turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia (PGMT) Tambunan Raju Uddin Mohd Ajai dan Pengerusi Pengetua Sekolah Menengah Daerah Tambunan Johari Ag Damit atas sokongan mereka menganjurkan program tersebut.


“Penghargaan juga ditujukan kepada Pegawai Daerah Blasius Sobitun Makajil yang telah membenarkan penganjuran diadakan di kawasan pekan melibatkan jalan raya dan kawasan pekan serta kepada semua peserta, dan Thomas Anak Ngali dari bahagian trafik Balai Polis Tambunan, serta urusetia yang terlibat atas sokongan sepanjang penganjuran larian seronok ini,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN