33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

350 KIR dari 5 buah kampung dalam DUN Kundasang, telah menerima agihan sayuran segar

Sebahagian wakil penerima sumbangan sayuran segar di PDM Kawiyan.

RANAU: Lagi 350 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dari 5 buah kampung sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kilanas-Kawiyan di DUN Kundasang, telah menerima agihanĀ  sayuran segar atas sumbangan Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimem Ranau, Jonathan Yasin baru-baru ini.

Semua sumbangan telah dihantar dan disampaikan para sukarelawan yang mewakili pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, bagi pihak YB.Jonathan.

Para sukarelawan terlibat ialah, Ezas Takai, Joulaini Md.Majimin, Fakri Hain dan Mahat Saidin.

Manakala sumbangan telah disampaikan kepada  wakil-wakil penduduk kampung terlibat iaitu, Kg.Manikulau diwakili Anthone Pagandai, Kg.Kawiyan diwakili Ezas Takai, Kg.Kilanas (Masun Resoin), Sumrid Padonggo mewakili Kg.Patau dan Kg.Giring diwakili Mefwin Amar.

Mereka yang terlibat masing-masing berterima kasih kepada Jonathan kerana sudi menghulurkan bantuan bukan sahajaĀ  sayuran segar malah berbentuk Barangan Makanan (BarMa) kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Saya mewakili penduduk kampung merakam penghargaan dan terima kasih atas kprihatinan Jonathan dalam usaha serta keikhlasan hatinya menghulurkan bantuan kepada rakyat P.179 Ranau”, jelas Anthone mewakili Kg.Manikulau.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN