26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Disember 2, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

35 kanak-kanak  selesai berkhatan diraikan

MOHD ALI (berdiri empat dari kanan) bersama kanak-kanak yang diraikan pada majlis tersebut

LABUAN: Seramai 35 kanak-kanak yang selasai berkhatan menerusi Program Khatan beramai-ramai secara percuma anjuran Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan diraikan dengan majlis kesyukuran yang diadakan di Masjid Kampung Sungai Bedaun, pada Ahad.

Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali @ Aliman Asmaran Datuk Seri Panglima Omar Bledram berkata, majlis tersebut antara lain bertujuan menadah tangan doa kesyukuran kepada illahi atas kesempurnaan program berkhatan disamping meraikan kanak-kanak tersebut  bersama ibu bapa mereka yang berkhatan pada  25 Febuari lalu.

“Secara keseluruhannya seramai 50 kanak-kanak yang ibu bapa mereka adalah ahli USIA yang kurang berkemampuan telah menyertai program berkhatan, namun hanya 35 sahaja yang dapat hadir pada majlis kesyukuran  yang lain sedang bercuti bersama keluarga di luar Labuan” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Jelasnya lagi, program berkhatan dan majlis kesyukuran itu merupakan  salah satu aktiviti dakwah USIA Labuan  yang dilaksanakan setiap tahun.

Antara pengisian majlis itu, tazkirah, syahadah, zikir marhaban dan sembahyang berjemaah Maghrib dan Isya bersama kanak-kanak tersebut yang diakhiri dengan majlis makan malam.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan, Imam Masjid Kampung Sungai Bedaun, Ustaz Haji Muhammad Shahrom dan penceramah jemputan Ustaz Redzuan Mat Zin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN