27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BEREHAT…Halimah(duduk tiga kanan) bersama sebahagian penduduk yang menghadiri gotong royong  tersebut.

RANAU: Inisiatif dan usaha murni penduduk Kg.Monggis di sini bergotong-royong melaksanakan projek-projek kecil diperingkat kampung tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan patut dicontohi.

Kampung itu yang terletak kira-kira 41 kilometer dari pekan Ranau, telah melaksanakan Gotong Royong Perdana melibatkan lebih 10 orang penduduk diketuai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Kg.Monggis  yang juga mantan Ketua Kampung Kg.Monggis, Halimah Binti Dasin @Abdullah berjaya menyiapkan kerja-kerja membersihkan laluan   jalan raya menuju kawasan tanah Pertanian milik lebih 100  penduduk kampung berkenaan.

Halimah ketika ditemui merakam ucapan terima kasih kepada penduduk yang terlibat menghadiri gotong royong itu yang disifatkannya satu kejayaan  permuafakatan serta perpaduan jitu dikalangan penduduk Kg.Monggis.

“Kita mengharapkan lebih ramai lagi penyertaan  gotong royong seumpama yang bakal diadakan pada masa akan datang”, jelas Halimah.

Beliau mewakili penduduk merayu keprihatinan kerajaan menerusi Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin bagi membantu memberi peruntukan menaitaraf termasuk pemasangan kelbut di beberapa anak sungai laluan sejauh 2 kilometer dari pusat kampung menuju ke tanah pertanian itu demi kemudahan penduduk yang memiliki kenderaan untuk tujuan pengangkutan hasil pertanian mereka.

“Penduduk tidak berupaya membiayai kos pemasangan jambatan dan kelbut kerana memakan kos yang agak tinggi”, tambah Halimah sambil  mendedahkan bahawa penduduk kampungnya adalah majoriti golongan petani dan ramai bergantung  kepada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan untuk menyara kehidupan harian keluarga  serta membiayai kos persekolahan anak-anak.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN