30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sokong penuh tindakan tubuh parti baharu wakili rakyat Sabah: Rubin Balang

Kelihatan Datuk Rubin Balang (duduk tengah) selaku mantan Ketua Bahagian, Hassan Basri mantan Timbalan Ketua Pimpinan, mantan Naib Ketua Jimmy Jawatah, mantan Ketua Srikandi Puan Sabini Ansumor serta semua mantan jawatankuasa bahagian merakamkan kenangan.

TENOM : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang bersama bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Tenom menyokong penuh Ketua Menteri Sabah menubuhkan parti baharu bagi mewakili rakyat Sabah.

Katanya, bekas Pimpinan Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tenom mengadakan pertemuan untuk kali terakhir hari ini bagi mengadakan perbincangan ke atas halatuju perjuangan politik membela rakyat Sabahan.

“Seterusnya telah memutuskan beralih kepada parti Sabah sendiri (parti tempatan) sejajar dengan Aspirasi rakyat Sabah yang inginkan parti tempatan supaya perjuangan Hak-Hak rakyat Sabah berkesan disamping itu menyatupadukan rakyat jelata Sabahan supaya masa depan rakyat Sabahan lebih cerah demi anak cucu cicit Sabahan.

“Justeru itu, kesemua bekas pimpinan parti bersedia untuk menyertai sebuah parti tempatan sabahan yang akan diasaskan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Nor kerana kami lebih yakin dengan ketokohan kepimpinan beliau untuk menyusun semula Sistem, Hak keadilan rakyat asli tempatan Borneo Utara (Sabah) serta rakyat jelata Sabah dan mengharapkan yang terbaik malah lebih baik dari Sarawak.

“Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pucuk kepimpinan untuk menyokong dan menyertai parti baharu yang di terajui oleh Ketua Menteri Sabah telah dipersetujui dalam pertemuan khas hari ini bagi mengukuhkan kerajaan negeri hari ini, sokongan dari ahli-ahli parti lama dan baharu amat penting kerana parti inilah yang akan menjadi tunjang dalam pentadbiran kerajaan negeri kelak.

“Kami juga telah sebulat suara memutuskan untuk menyertai dan menyokong Parti Gagasan Rakyat Sabah seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah baru-baru ini,” katanya ketika Pertemuan Khas Mantan-Mantan Jawatankuasa Pimpinan PPBM (Bersatu) Tenom, di sini, kelmarin.

Rubin yang juga mantan Ketua Bahagian Bersatu Tenom menjelaskan bahawa sokongan mantan ahli majlis tertinggi Bersatu Tenom menunjukkan parti baru ini diterima oleh rakyat tempatan Sabah kerana untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan yang memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah.

Menurutnya, Parti Gagasan Rakyat Sabah juga merupakan antara parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan meneruskan perjuangan untuk membangunkan negeri ini.

Di akhir pertemuan tersebut yang diketuai oleh mantan ketua pimpinan Bahagian Datuk Rubin Balang selaku ADUN N.43 Kemabong bersama semua mantan jawatankuasa pimpinan Bahagian
P.181 Tenom merakamkan jutaan terima kasih kepada Presiden BERSATU Tan Sri Datuk Seri Panglima Muhyiddin Yassin serta semua pimpinan tertinggi diatas layanan selama berada dalam BERSATU.

Bak kata pepatah Melayu “sekali”Air Bah”sekali “Pantai Berubah”.Salam perjuangan bersama kita membina semula Malaysia.

GRS kini mempunyai lima parti gabungan yang terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN