26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

32 pasukan  sertai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Labuan

ABDUL Rashid (tengah) bersama Pegawai teknilal dan pengurusan PSTL pada sidang media pada Isnin

LABUAN: Sebanyak 32 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita akan menyertai Kejohanan antara  Regu Sepak Takraw Terbuka Labuan  sempena Hari Wilayah Persekutuan 2024 anjuran  Persatuan Sepak Takraw Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan  Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).

Presiden Persatuan Sepak Takraw Labuan, Abdul Rashid  Adlie berkata, kejohanan  yang  turut mendapat kerjasama dengan sebuah syarikat logistik Asian Supply Base  (ASB) Sdn. Bhd., akan diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Katanya, antara pasukan yang  telahpun mengesahkan  untuk menyertai kejohanan tiga hari itu ialah Sabah, Sarawak, Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta Brunei Darusslam yang menjadi peserta jemputan.

Beliau berkata, johan bagi kategori lelaki akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, sebuah piala dan medal, naib johan akan menerima RM2,000 beserta medal dan tempat ketiga/keempat akan menerima RM750.00 serta medal.

“Sementara itu, bagi kategori wanita johan akan menerima hadiah wang tunai RM1,500, sebuah piala dan medal, naib johan membawa pulan hadiah wang tunai RM1,000 dan tempat ketiga/keempat menerima RM750 beserta medal”, katanya dalam sidang akhbar khas yang diadakan di sebhuah hotel di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, kejohanan ini adalah bertujuan untuk mengumpul semula komuniti sepak takraw khususnya di Labuan dan ia sekaligus bertujuan untuk menghidupkan semula penganjuran  sukan sepak takraw  terbuka Labuan yang kali terakhir diadakan pada tahun 2017.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN