KASNAN….ketika mengetuai kayuhan basikal lipat sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Labuan ke 39, pada 1 Febuari lalu.
LABUAN: Seramai 30 pemilik basikal lipat Wilayah Persekutuan Labuan berkayuh sejauh 30km sambil mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) peringkat Labuan yang disambut pada 1 Febuari lalu.
Program anjuran Folding Lipat Labuan Komuniti itu antara lain bertujuan untuk menyemarakkan semangat warga Labuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Ketua Penyelaras Program Kasnan Josef, berkata selain itu program tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal.
Kasnan berkata, kayuhan yang bermula seawal jam 7 pagi tu bermula dari Dataran Labuan menuju ke beberapa destinasi melibatkan sepanjang jalan Tun Mustapha ke Taman Burung Lubok Temiang sebelum berpatah balik melalui Jalan Pesisir Pantai Tanjung Aru, Negalang, Kerupang dan membedai seterusnya menuju ke Kompleks Sukan Labuan dan kembali semula ke Dataran Labuan.
“Kami merancang aktiviti kayuhan ini sebagai aktiviti tahunan kami yang kini mula mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna dan pemilik basikallipat sebagai satu aktiviti sukan yang menarik” katanya.