Gambar: Salah seorang peserta menerima sijil daripada Dato’ Dr. Sahruddin
Kota Kinabalu: Seramai 30 orang peserta terdiri daripada 12 orang daripada Lembaga Industri Getah Malaysia (LIGS) dan 18 orang awam telah menyertai Kursus Teknologi dan Pengurusan Tanaman Nanas yang dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu baru-baru ini.
Kursus selama sehari itu mengandungi 9 modul kursus yang telah disampaikan oleh Pegawai daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Muhamad Iskandar Bin Azman.
Modul-modul tersebut ialah Sejarah LPNM, Pengenalan Nanas, Pemilihan Tapak dan Perancangan Asas Projek (Modul 1), Penyediaan, Pemilihan, Penggredan dan Rawatan (Modul 2), Jadual Pengurusan Tanaman, Kawalan rumpai (Modul 3), Pembajaan, Aruhan Pembungaan (Modul 4), Pengurusan Perosak dan Penyakit (Modul 5), Indeks Kematangan Penuaian (Modul 6), Pengurusan Kebun Lepastuai dan Pembaikbiakan Benih (Modul 7) Nanas Ornamental, myGAP (Modul 8) dan Kos Pengeluaran (Modul 9).

Gambar: Sebahagian peserta bergambar bersama Dato’ Dr. Sahruddin (tengah). Manakala 2 dari kanan ialah Siti Nurjana
Salah seorang peserta kursus, Siti Nurjana Abas, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kebuh Baru berkata beliau belum pernah mengikuti kursus berkaitan nanas sebelum ini. Beliau juga berkata ada menanam nanas tetapi secara kecil-kecilan dan untuk keperluan sendiri sahaja.
āSaya dapat tahu bahawa nanas boleh menjana pendapatan yang lebih menguntungkan apabila diusahakan dengan sungguh-sungguh. Namun sebelum mengusahakannya, perlu menghadiri kursus seperti pada hari ini untuk mempelajari kaedah tanaman nanas yang betul di samping dapat mengetahui bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak-pihak berkenaan.āKatanya.
āSaya ingin cuba menjadi usahawan nanas yang berjaya. Saya akan cuba aplikasi dapatan kursus pada hari ini dengan memulakan tanaman secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Saya berharap ada bantuan dan khidmat nasihat dari Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang akan menandatangan momurandum bersama LPNM pada hari ini,ā katanya lagi.
Terdahulu, Pengerusi LPNM, Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal dalam ucapan perasmiannya menggesa para peserta kursus agar dapat menjadikan kursus pada hari ini sebagai landasan untuk memulakan bidang tersebut di tempat masing-masing. Beliau turut menyampaikan sijil dan kotak makanan sumbangan MAFI Malaysia kepada para peserta.