Affendi menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan Rodin (dua dari kiri) dan barisan pengurusan tertinggi Labuan FSA.
LABUAN: Seramai 30 individu yang terdiri daripada ahli keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai sumbangan daripada Kakitangan Labuan FSA.
Majlis yang dianjurkan Labuan FSA dengan kerjasama JKM Labuan telah diadakan di dewan utama JKM, pada Selasa.
Hadir memeriahkan majlis itu Ketua Pengarah Labuan FSA, Affendi Rashdi, Pengarah JKM Labuan, Rodin Suri Arif dan barisan pengurusan tertinggi Labuan FSA.
Terdahulu, Affendi semasa berucap pada majlis itu berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif kakitangan Labuan FSA dengan mengumpul dana bagi membantu dan menceriakan golongan yang kurang berkemampuan melalui kutipan dalaman sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
“Inisiatif ini juga merupakan salah satu tanggung jawab sosial korporat bagi
membantu golongan memerlukan sejajar dengan semangat keprihatinan dan amalan berkongsi rezeki sekaligus menyemarakkan semangat Aidilfitri”, katanya.



