24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

2,812 KIR yang memerlukan di DUN Kundasang terima bantuan makanan

Terima: Penyerahan sumbangan ikan diterima oleh Yubidi Gumpoyo (tiga, kanan) bersama Pegawai Khas, Pemaju Mukim dan WKAN DUN Kundasang, sebelum diedarkan ke semua PDM.

RANAU, 16 Jun 2021: Seramai 2,812 orang ketua isirumah (KIR) yang memerlukan di 40 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah dan akan menerima bantuan makanan percuma samaada berupa sayur-sayuran atau ikan.

Daripada jumlah tersebut, 1880 KIR menerima bantuan berupa sayur-sayuran manakala 932 KIR lagi menerima bantuan bekalan ikan.

Edaran bantuan makanan tersebut, yang merupakan inisiatif Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang Datuk Dr. Joachim Gunsalam bersama dengan pembekal sayuran dan ikan, berjalan dengan lancar sejak dimulakan pada 6 Jun lalu.

Dr. Joachim berterima kasih kepada semua jentera pentadbiran dalam kawasan yang memggembleng tenaga menjayakan misi edaran bantuan tersebut. Selain itu beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada individu-individu yang bermurah hati menyumbangkan bantuan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ranau YB Jonathan Yasin yang juga telah menyumbangkan sayur-sayuran kepada KIR yang memerlukan di DUN Kundasang melalui Pejabat Perhubungan Parlimen.

Penerimaan ikan di DUN berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata lagi, sehingga hari ini edaran bantuan ikan juga masih dijalankan dan melibatkan lapan kampung dalam (PDM ) Malinsau, Ranau.

“Edaran bantuan sayur-sayuran dan ikan dikendalikan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Edaran bantuan sayur-sayuran diagihkan secara menyeluruh iaitu di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perancangan, Langsat, Pinawantai, Kaingaran, dan Mengkapoh, Naradan (Nawanon).

Walau bagaimanapun, edaran sayur-sayuran masih diteruskan kepada penduduk kampung di PDM Karagasan, Kilanas (Kawiyan), Timbua dan Ulu Sugut.

Bantuan makanan ini diedarkan kepada mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, jelasnya.

“Kebanyakan penduduk yang menerima bantuan makanan tersebut adalah mereka yang tinggal jauh dari pekan atau mereka yang tinggal di kawasan pedalaman,” tambahnya lagi.

Kesemua bantuan makanan berkenaan dihantar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN