26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

28 pasukan mulakan saingan di Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Labuan

GAMBAR: PERSAHABATAN… pasukan Jabatan Kerajaan yang diketuai Hj Rithuan (berdiri) bersama pasukan Pemimpin Masyarakat (duduk)

LABUAN: Sebanyak 28 pasukan bola sepak veteran dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan memulakan saingan untuk merebut gelaran juara di Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Labuan yang berlangsung di Padang Sintetik Komplek Sukan Labuan, malam tadi (Jumaat).

Kejohanan yang menawarkan hadiah juara sebanyak RM8000, naib juara RM5000 dan tempat ketiga bersama RM2000 telah dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail dengan simbolik perlawanan bola sepak  persahabatan antara Ketua Ketua Jabatan kerajaan dan Pemimpin Masyarakat yang menyaksikan kedua dua pasukan seri 1-1.

Kejohanan itu juga turut menyediahkan empat anugerah pemain terbaik  iaitu, Penjaga Gol Terbaik, Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan, Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Pasukan Terbaik Kejohanan.

Kejohanan yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Kelab Bola Sepak LAVESTA Labuan berlangsug selama  4  hari  dari 20-23 Januari 2023 di dua venue, padang  A (sintetik)  dan padang B Kompleks Sukan Labuan.

Menurut  Presiden LAFA, Sophian Said, kejohanan tersebut telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan kumpulan A yang melibatkan pasukan Minang FC, B8 Vet Brunei, AZAM FC, Clasico Ranau FC, Pitas Legend, Sulaman Proper SC dan Tasek Naga Sipitang.

Manakala kumpulan B terdiri pasukan tuan rumah LAVESTAR FC, Mixed Squad, GAB Vet Kimanis, Bengkoka FT, Maeno FC dan Tampanan FC.

Kumpulan C terdiri daripada pasukan  KDM Legend Labuan, RRB Tamparuli FC, PGA KK, Tiger FC, Mevec FC, Bema FC dan Waru FC.

Bagi kumpulan D melibatkan pasukan HQFC, Complex Legend, KPPKSP, Mesapol Legend, Kudat Classic, Tambalang FC dan Real Goshen Classic Kota Marudu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN