26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Kem Perubatan di SK. Kawiyan dapat sambutan

Antara ratusan penduduk yang hadir memanfaatkan program Kem Perubatan tersebu

RANAU: Lebih 300 Penduduk dari  5 buah kampung hadir, memanfaatkan Program Kem Perubatan di SK. Kawiyan, di sini baru-baru ini.

Program anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) daerah  dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Ranau itu, sesungguhnya telah memberi ruang dan peluang kepada penduduk yang tinggal jauh di kawasan pedalaman untuk menerima nasihat serta rawatan kesihatan secara percuma yang dikendalikan Jabatan Perubatan Hospital Daerah.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, merangkap Pengerusi Jawatankuasa ALPH, Benedict Gunda berkata, program yang julungkali diadakan itu dan mendapat kehadiran diluar jangka adalah, antara lain inisiatif pihak hospital Ranau dengan kerjasama pihak ALPH memberi bantuan kepada komuniti menjalani pemeriksaan kesihatan  terutamanya  kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan  jauh dari Hospital daerah.

Benedict (kiri) bersama yang lain sempat merakam gambar dengan Datuk Jonathan (empat kanan).

Menurut Benedict, pelbagai aktiviti kesihatan telah diadakan sempena program itu termasuklah, Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah Promosi Kesihatan,  Pemeriksaan Gigi (cabut gigi), Pemeriksaan Payudara, Gunting Rambut, Pap Smear, Pemberian Ubat Cacing  dan Penyerahan Pakaian Terpakai kepada penduduk.

Benedict memaklumkan, kebanyakan penduduk yang hadir adalah dari Kg.Kawiyan, Kg.Manikulau, Kg.Kilanas, Kg. Patau, Kg.Paka, Kg.Giring dan kampung-kampung sekitarnya.

” Program dua hari (11-12 Jun) itu, telah memberi tumpuan kepada mereka yang bermasalah  berhubung kesihatan diri”, tambah Benedict sambil memaklumkan Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin turut hadir meninjau program itu pada hari kedua.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN