27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

27  Pengerusi JPKK di Labuan terima kenaikkan elaun mula Januari 2022

BASHIR (duduk kiri) bersama Rithuan (duduk Kanan)selepas mempengerusikan program Pembudayaan Norma Baharu Bersama JPKK dan MPP Sub zon di Wisma Perbadanan Labuan, pada Khamis.

LABUAN: 27  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) atau lebih dikenali sebagai Ketua Kampung di Wilayah Persekutuan Labuan  bakal menerima kenaikan elaun bulanan  sebanyak RM300  menjadikan elaun penuh mereka menjelang Januari 2022 sebanyak RM1,000.

Sebelum ini mereka menerima elaun bulanan  sebanyak RM700.

Kenaikkan elaun bulanan mereka itu diberitahu  oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Program Pembudayaan Norma Baharu bersama Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan  Keselamatan  Kampung (JPKK) dan Pengerusi-Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub zon yang diadakan di Wisma Perbadanan Labuan, pada  Khamis.

Program anjuran MPP Zon Labuan itu turut dihadiri, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, Timbalan Pengerusi MPP Zon Labuan, Hadnan Mohammad dan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Hamir Zahari.

SERAH…Bashir menyerahkan peralatan perlindungan diri kepada Pengerusi JPKK Bukit Kalam, Shuhaimi Kula.

Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berkata, kenaikan sebanyak  RM300 itu diluluskan oleh  Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim baru baru ini.

“Kenaikkan elaun bulanan itu membuktikan kerajaan mengiktiraf kepentingan dan sumbangan   Pengerusi JPKK  membantu kerajaan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada penduduk kampung, katanya.

Menurut Bashir lagi,  kenaikkan elaun itu  bertujuan untuk mengurangkan kos JPKK ketika menjalankan urusan rasmi dengan agensi kerajaan berkaitan isu penduduk kampung.

Selain itu, beliau turut menjelaskan   perkhidmatan pemimpin Majlis Perwakilan Penduduk  (MPP) Zon Labuan, yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2021  (hari ini) telah dilanjutkan sehingga Jun 2022.

Terdahulu pada program itu, Bashir menyerahkan sumbangan kelengkapan perlindungan diri  seperti sanitizer dan pelitup separuh muka kepada Pengerusi JPKK dan Pengerusi MPP Sub Zon.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN