32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert sokong kenyataan Presiden STARSABAH, pemberian  Kad Warga Asing tidak praktikal, mencemarkan undang-undang.

KENINGAU:Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku  (STAR) Datuk Robert Tawik @ Nordin menyokong penuh kenyataan Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Datuk Kitingan yang pendatang tanpa izin perlu dilayan mengikut undang-undang negara. 

Katanya, undang-undang negara khususnya Akta Imigresen cukup jelas sekali setiap warganegara asing yang memasuki ke negara ini mesti mempunyai dokumen yang sah untuk berada di negara ini dan begitu juga di negeri Sabah. 

Robert yang juga Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor dan ADUN Bingkor berkata, warganegara asing yang memasuki negara ini dan negeri Sabah mesti menghormati undang-undang negara ini iaitu cukup  dokumen seperti pasport dan lain lain.

“Cadangan pemberian  dokumen Kad Warga Asing kepada pendatang tanpa izin di negara ini, ia amat tidak praktikal dan mencemarkan undang-undang yang sedia ada. Sepatutnya kita angkat dan perkasakan undang-undang yang sedia ada, undang-undang ini cukup baik dan masih releven dikuatkuasa” tegasnya.

Pembantu Menteri Kerja Raya itu berkata, pendatang tanpa izin yang memasuki negara ini yang tidak mempunyai apa-apa dokumen sudah jelas telah melanggar undang-undang negara yang perlu dihadapkan dan dibawa ke mahkamah untuk didakwa mengikut Akta Imigresen yang berkaitan dengan kesalahannya.

Justeru itu jelas Robert, undang-undang yang ada di negara ini sudah cukup untuk dikuatkuasa dan tidak ada keperluan lagi untuk mewujudkan peraturan baharu.

”Saya berharap kepada kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah yang sekian lama tidak diambil peduli oleh kerajaan Persekutuan” ujarnya.

Tegasnya lagi, rakyat Sabah sudah merasa amat bosan dengan isu pendatang tanpa izin yang berlarutan sekian lama tidak ada penyelesaiannya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mengambil tahu dan bertindak pantas dan cepat untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di negeri Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN