26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

24 pesilat    berjaya sertai Kursus  Asas  Jurus Baku

TERBAIK….Mohd Alif (tiga dari kiri) menerima tanjak oleh Guru Utama, Saidon Talip (tiga dari kanan) sambil di perhatikan Mohammad Khairul (dua dari kanan) dan Zulhelme (kanan sekali)

LABUAN: Seramai 24 pesilat Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Wilayah Persekutuan Labuan berjaya menamatkan Kursus Jurus Baku sekaligus bakal menjadi jurulatih dan wasitjuri.

Kursus tersebut    anjuran PESAKA Labuan dengan kerjasama dan sokongan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan (MSWPL) telah diadakan di dewan homestay  Kampung Sungai Labu, berlangsung selama empat hari yang berakhir pada Ahad.

Kursus  yang melibatkan Jurus Regu dan Jurus Tunggal  telah dikendalikan oleh dua ahli PESAKA masing-masing Hafiz Abu Hassan yang juga AJK Kejurulatihan PESAKA (Unit Silat Seni) dan dibantu oleh mantan Jurulatih  Silat Negara (olahraga) Hamidah Mulok.

Dalam pada itu, pesilat Mohd Alif Mohd Hakim dinobat sebagai peserta terbaik kursus.

Majlis perasmian dan penyampaian sijil kepada peserta  disempurnakan  oleh Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan (MSWPL),  Zulhelmi Amran.

Terdahulu Zulhelme ketika berucap pada majlis itu berkata, pihaknya (MSWPL) sentiasa menyokong usaha PESAKA Labuan dalam melahirkan lebih ramai atlit silat termasuk jurulatih pelapis  pesilat  peringkat kebangsaan.

“Labuan telah berjaya melahirkan ramai jurulatih yang berkualiti dan kita MSWPL akan terus memberikan sokongan agar Labuan tidak ketandusan  atlit pesilat untuk mewakili Labuan di peringkat Wilayah Persekutuan mahupun di peringkat kebangsaan,” katanya.

Hadir sama Yang Di Pertua (YDP) PESAKA Wilayah Persekutuan Labuan, Mohammad Khairul Abd. Ghani, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Alex Antyhony serta  ahli Dewan Pendikar  PESAKA Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN