RANAU: Penduduk Kg.Togop Darat dan Kg.Togop Laut terletak kira-kira 49 kilometer dari pekan di sini, menarik nafas lega kerana jambatan konkrit merentangi sungai Kopuakan berhampiran dua buah kampung itu dan kampung-kampung sekitarnya kini lebih 92 peratus siap.
Jambatan tersebut merupakan kemudahan ribuan penduduk di kawasan itu setiap hari termasuk laluan untuk menghantar hasil pertanian ke pekan Ranau dan ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Penyiapan jabatan tersebut menggantikan jambatan ‘Timbul-Tenggalam’ amat bermakna kepada rakyat di beberapa buah kampung di sini terutama musim hujan kerana sungai Kepuakan sering banjir dan menyukarkan penduduk kampung untuk berurusan ke pekan Ranau”, jelas salah seorang penduduk, Nazri Bin
Abdullah.
Nazri mewakili penduduk merakam penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan Pembantu Kepada Ketua Menteri yang juga Menteri Perindustrian Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr.
Joachim Gunsalam kerana telah berusaha bersugguh-sungguh untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan pusat bagi membina jambatan tersebut.
“Sesungguhnya permohonan pembinaan jambatan itu sudah diajukan sekian lama namun baru tahun ini pembinaannya kini menjadi satu realiti dan akan siap tidak lama lagi mengembirakan penduduk, tambah Nazri.