24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

213 pemancing  serta Daiwa Deep Sea Challenge LISC 2023

 FLAGOFF…. Ibrahim ketika melepas (flagoff) para peserta Daiwa Deep Sea Challenge LISC 2023 di jeti awam Marina, pada pagi Selasa.

LABUAN: Seramai 213 peserta dari luar negara dan tempatan menyertai Daiwa Deep Sea Challenge sempena Labuan International Sea Challenge (LISC)  2023 yang bermula pada 9 Mei hingga 14 Mei depan.

Majlis perlepasan para peserta disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi di Jeti Marina Awam di sini pada pagi ini (Selasa).

Menurut kenyataan Perbadanan Labuan, antara peserta luar negara yang menyertai cabaran ini termasuklah dari Perancis, Australia, Kanada, Hongkong, Brunei dan Malaysia.

Sebanyak 21 bot telah digunakan untuk membawa pemancing ke lokasi memancing di Terumbu Layang-Layang  yang memakan masa perjalanan  15 hingga 18 jam ke lokasi yang dituju.

Cabaran Daiwa Deep Sea Challenge LISC 2023 di anjurkan oleh Perbadanan Labuan  yang  dikelolakan oleh  Kelab Ekstrem GHRT dengan kerjasama Japanes  Tackle Company menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM60,000 serta hadiah iringan.

Johan bagi kategori berpasukan (Team Event) akan menerima RM40,000 beserta Daiwa Fishing Gear dan tropi.

Naib johan akan menerima RM10,000 beserta Daiwa Fishing Gear dan tropi dan tempat ketiga  menerima RM5,000 beserta Daiwa Fishing Produck dan tropi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN