30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

21 belia  sertai Kursus Pengenalan Asas Sukan Golf (CSO)

PESERTA…. kursus  bergambar kenangan  bersama Hazzan (duduk barisan tengah tiga dari kiri).

LABUAN: Seramai 21 orang belia di pulau bebas cukai ini telah menyertai Kursus Pengenalan Asas Sukan Golf “Caddy Services Outreach (CSO)” anjuran Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  yang telah diadakan  di Labuan International Golf Club (LIGC), baru baru ini.

Menurut Pengarah AKBG, Hazzan Dahari kursus intensif selama empat hari itu  yang dijalankan  secara bersemuka telah dikendalikan oleh Pro   AKGB,  Rosmeni Rasid  dan Pro LIGC Sabdin Khan.

Sementara itu, seorang lagi    bekas graduan  AKGB, Sofian Yusof yang telah berkhidmat lebih 9 tahun di LIGC turut menjayakan program tersebut dengan  berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang kedi.

PENDEDAHAN… Para peserta diberi pendedahan  asas mengenai permainan golf.

“ Kursus Pengenalan Asas Sukan Golf (CSO) ini merupakan inisiatif terbaru AKBG dalam melahirkan kedi golf yg kompeten dan mempunyai bimbingan asas secara “hands on”.

“Kursus ini juga bertujuan untuk melahirkan pekerja pekerja mahir dalam industri golf  sekaligis memberi peluang  untuk mereka mengisi kekosongan di kelab kelab golf tempatan” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hazzan berkata,  peserta juga turut didedahkan dengan permainan golf selain pendedahan kepada penggunaan kemudahan-kemudahan di sesebuah kelab golf.

Beliau berkata, kursus ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan (JBS)  Labuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Desa Tunas Hijau Kg Sungai Pagar sebagai lokasi penginapan peserta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN