Dr. Jeffrey adakan lawatan kerja di kawasan Parlimen Keningau

Home Tempatan Dr. Jeffrey adakan lawatan kerja di kawasan Parlimen Keningau
Dr. Jeffrey adakan lawatan kerja di kawasan Parlimen Keningau

Dr. Jefry Kitingan memotong riben sebagai simbolik penyerahan kerusii Kepada Geraja Katolik Bonda Maria Ratu Perdamaian Kampung Beriawa Tengah.

KENINGAU:Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan  mengadakan lawatan kerja di kawasan Parlimen Keningau hari ini.

Dalam siri  program lawatan itu, Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tambunan melawat DUN Bingkor dan DUN Liawan untuk melihat sendiri projek projek Parlimen yang telah siap dibina.

Beliau diiringi oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin dan ADUN Liawan Datuk Annuar Datuk Ayub.

Dr. Jeffrey (tengah)bersama rombongan menuang buah kopi pada mesin pengupas biji kopi di Kampung Bunga Raya.

Lawatannya dimulakan di Gereja Katolik Bonda Maria Ratu Perdamaian Kampung Bariawa Tengah dan menyerahkan sumbangan  kerusi.

Seterusnya lawatan kedua ke Kampung Ulu Liawan melihat jambatan gantung yang telah siap diselenggarakan.

Turut dilawati Kampung Antolob dan  Kampung Baru Bingkor meninjau bangunan bina baru dewan terbuka.

Lawatan terakhir ke Kampung Bunga Raya dalam DUN Bingkor, program Jabatan Pertanian Daerah Keningau iaitu penyerahan mesin pengupas biji kopi di kampung itu.

Dr. Jeffrey bersama rombongan melawat jambatan gantung Kampung Ulu Liawan.