32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

2022 beri tuah kepada Kamilah Abas, terpilih terima sumbangan daripada PVKMS

Gambat: Iruwan (kiri) mewakili isterinya menerima Kerusi Roda sumbangan  PVKMS disampaikan  Mohd.Arbi.

SANDAKAN: Kedatangan Tahun Baharu 2022, memberi tuah kepada Kamilah Binti Abas, isteri tersayang pesara Komando, yang terpilih  menerima sumbangan sebuah Kerusi Roda  daripada Persatuan  Veteran  Komando Malaysia Sabah (PVKMS) di kampung Nosa Jaya Bukit Garam Kinabatangan baru-baru ini.

Bagi pesara Komando, SSJN (Bersara), Iruwan  Bin Wadam (suami penerima) ketika ditemui berkata,  Kerusi Roda tersebut sedikit sebanyak memudahkan isterinya untuk bergerak sama ada di dalam atau luar rumah.

“Syukur Alhamdulillah, kerusi roda ini juga akan memudahkan isteri saya untuk menguruskan dirinya dimana tidak perlu lagi mendukung untuk ke bilik air setiap hari”, jelasnya, sambil menambah program seumpama itu dapat merealisasikan misi persatuan dan meningkatkan kesejahteraan Veteran melalui melalui konsep kebajikan serta tanggungjawab  bersama dalam mewujudkan  hubungan silaturrahim yang saling memerlukan.

“Dihadapkan kerjasama begini dimantapkan lagi melalui Program ‘Ready For Welfare’ PVKMS yang telah diilhamkan oleh Persatuan Veteran Komandor Malaysia Sabah”, tambah Iruwan.

Kerusi Roda tersebut telah disampaikan oleh Bendahari PVKMS, Mohd Arbi Bin Sabadari kepada Iruwan  di rumah kediamannya.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN