ADVERTISEMENTspot_img

200 sertai Program Antidadah anjuran AADK Negeri Sabah

Barisan penganjur bersama para peserta program antidadah tersebut


KOTA KINABALU: Lebih dari 200 orang peserta telah mengikuti Program Seminar Keluarga & Jerayawara Antidadah 2025 anjuran AADK Negeri Sabah yang diadakan di sini baru-baru ini.


Kali ini, venue Taman Puri Warisan yang berada dalam kawasan KBT Inanam telah terpilih dalam penganjuran tersebut, dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Darau pada 21 Jun 2025 yang lalu.


Objektif program tersebut adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran berkenaan kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan kepada peserta yang terdiri daripada anggota komuniti PPR Taman Puri Warisan.


Pelbagai aktiviti menarik dijalankan dalam program itu seperti permainan Interaktif, pertandingan mewarna kanak-kanak, karom, sepak bola, dart, kuiz antidadah, pendaftaran skuad antidadah, dan walkabout ‘pintu ke pintu’ bersama pemimpin.


Di samping itu, turut dijalankan edaran risalah dan poster, fitness zumba serta ceramah yang telah disampaikan oleh Ikon Antidadah iaitu Dr. Anang Langka Bin Mad Kasim.

Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak juga diadakan dalam program itu


Program itu telah disempurnakan oleh Pengerusi SMART Sabah Datuk Razali Razi, dan hadir bersama Abqaree Fawwaz Abekan dari UPPM dan Penolong Pengarah AADK Negeri Sabah Dayang Siti Rohani Binti Sedan.


Ketua-ketua Blok Taman Puri Warisan juga telah menerima poster-poster dan Risalah Kesedaran Awam untuk diedarkan di setiap rumah di blok masing-masing.


Ini bagi membantu Kempen Kesedaran di kalangan penghuni agar sentiasa berwaspada dengan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan remaja dan belia.


Mereka yang inginkan maklumat lanjut tentang program seumpama ini boleh menghubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan, di samping melayari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN