PESERTA… sebahagian daripada peserta yang hadir ke Program Wacana Fatwa Semasa di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pada Khamis.
LABUAN: Seramai 200 peserta yang terdiri daripada Imam, guru agama serta Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau telah menghadiri Program Wacana Fatwa Semasa anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan di Dewan Serbagauna Perbadanan Labuan, pada Khamis.
Program yang julung kalinya diadakan telah dirasmikan majlis penutupannya oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr. Luqman Abdullah.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail.
CENDERAHATI…. Sahibus Samahah Dr Luqman menyampaikan cenderahati kepada Rithuan sambil diperhatikan SS Jamali.
Pengisian utama program tersebut berkisar kepada sesi pembentangan mengenai isu semasa fatwa yang masing masing bertujuk ‘Hukum Hakam Berkaitan Masjid’ disampaikan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, SS Jamali Mohd Adnan dan ‘Fatwa-Fatwa Semasa di Wilayah Persekutuan’ yang disampaikan oleh Ketua Unit Istinbat, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Tajul Urus Abdul Halim.
Dr Luqman ketika ditemui pemberita berkata antara lain program tersebut bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat perkara-perkara yang melibatkan hukum syarak.
Selain itu ia sebagai forum bagi masyarakat awam mendapat maklumat berhubung isu isu semasa di Wilayah Persekutuan.
“Program ini juga bertujuan untuk membincangkan tajuk tajuk terpilih berkaitan isu-isu syariah dan kefatwaan yang relevan serta berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mencari penyelasaian terhadap isu-isu semasa” katanya.