MURID Prasekolah yang terpilih mewakili Labuan dalam acara futsal dan Bola Jaring pada karnival tersebut.
LABUAN: Seramai 30 Murid Prasekolah Jabatan Pendidikan Labuan terpilih mewakili Labuan ke Kejohanan Sukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung di Kuala Lumpur bermula kelmarin hingga 26 September.
Kejohanan yang membabitkan dua kategori iaitu Futsal dan Bola Jaring itu berlangsung Gelanggang Futsal Sportizaa Setapak Kuala Lumpur.
Sementara itu seramai lapan guru termasuk dua orang pegawai masing masing Sawal Salleh dan Siti Zakiah Mohd Hussien turut mengiringi murid murid berkenaan yang berumur bawah 8 tahun.
Sebanyak 14 negeri menyertai kejohanan itu yang turut disertai beberapa sekolah swasta.