25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

20 minit tahan sakit kemaluan tersepit zip seluar

Foto: SinarHarian

MEMBAKUT – Seorang murid lelaki terpaksa menahan sakit selama kira-kira 20 minit selepas kemaluannya tersepit pada zip seluar pada pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, kanak-kanak berusia lapan tahun tersebut berada di sekolah sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Membakut untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Jaffar Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.52 pagi berhubung kejadian itu.

“Terdapat seorang budak sekolah lelaki berusia lapan tahun tersepit kemaluan pada zip seluar ketika berada di sekolah.

“Pasukan bomba bertindak memotong zip berkenaan dan berjaya melonggarkan bahagian yang tersepit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, seramai tiga anggota dari BBP Kimanis ke lokasi yang terletak sejauh dua kilometer dari balai.

Menurutnya, operasi tamat pada jam 10.50 pagi.-Sinar Harian

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN