32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

20 buah Masjid termasuk Surau di kawassn DUN Bingkor terima sumbangan kewangan

Haji Yazid menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Masjid Kamarudin Said.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyumbangkan dana kewangan kepada 20 buah Masjid termasuk Surau di kawassn DUN Bingkor.

Masjid-Masjid yang menerima sumbangan tersebut ialah Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor, Masjid Ukhwah Apin-Apin, Masjid Al-Huda Kampung Kirokot Baru, Masjid Riyadatusolihin Kampung Merampong, Masjid Ar-Raudah Kampung Mengitom Baru, Masjid Al-Malik Kampung Baginda, Masjid Nur Islam Kampung Binaong, Masjid At Taqwa Daerah Keningau, Masjid Ar Rahim Pekan Keningau dan Masjid Ar Rasyid Kampung Kota Ayangan.

Sementara surau ialah Surau Otmania Kampung Sandapak, Surau IMH Kamoung Lambanga, Surau Kampung Kilambang, Surau Al Arraf Kampung Tagai, Surau Al- Islaahiyah Kampung Bunga Raya, Surau Sri Kamisa Kampung Tuarid Taud, Surau Al- Hidayah Kampung Tohan Baru, Surau An Nur Kampung Bandukan Baru, Surau Seri Taratai Kampung Kota Ayangan dan Surau Hajah Rihana Kampung Dangulad.

Sumbangan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian Starsabah Bingkor merangkap Penyelaras Agama DUN N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Yazid memberitahu, sumbangan seperti itu adalah program tahunan ADUN Bingkor setiap Bulan Ramadan.

Robert telah melakukan sumbangan seperti itu sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan ini malahan sebelum menjadi wakil rakyat pun beliau memberikan sumbangan seumpama ini.

Sumbangan tersebut adalah membiayai aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh jawatankuasa Masjid dan surau semasa bulan puasa ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN