31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

20 ANAK YATIM DAN ASNAF TERIMA BANTUAN KEBAJIKAN MUTIARA GRS

Mohd Sabri menerima bantuan kebajikan daripada Winek

 
RANAU : Seramai 20 orang kanak-kanak terdiri daripada anak-anak yatim dan Asnaf yang tinggal di Rumah Putera Harapan (RPH) Kampung Lohan Skim 2, 13 Kilometer dari pekan telah menerima bantuan kebajikan daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS).

Bantuan kebajikan itu telah disampaikan oleh Ketua Wiranata STAR Paginatan Winek Yuni selaku wakil kepada Datin Florence Malangkig.

Terdahulu, sebelum ke Rumah Putera Harapan, Ketua Wiranata dan rombongan telah menyampaikan bantuan kebajikan di tiga buah kampung yang lain. Penerima bantuan tersebut ialah Lenia Imin dan Supiah Malijang (Kampung Longut Lama), Rusimin Zinin, Ladiah Bahandal dan Kumpisoi Gibah (Kampung Lohan 2) dan Naribin Samat, Julia Taip dan Rusnaidi Naribin (Kampung Napong 2).

Ketika ditemui media BDB, Winek berkata selepas di Rumah Putera Harapan mereka seterusnya akan ke Kampung Matan untuk menyampaikan bantuan kebajikan kepada JellyRoy Jaupi, Vitus Masital dan Rombin Bonggo. Kampung terakhir yang akan menerima bantuan ialah Kampung Balisok iaitu penerimanya Jilon AK. Muyang  dan Kampung Taba, Poinggol Yapang.

Pengurus Rumah Putera Harapan Mohd Sabri Abdullah merakamkan ucapan terimakasih kepada Datin Florence Malangkig atas bantuan yang diberikan. Katanya Rumah Putera Harapan (RPH) merupakan sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim dan kanak-kanak miskin yang sentiasa terbuka menerima bantuan kebajikan daripada mana-mana pihak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN