32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

196 pemain golf MSSM bersaing  di LIGC bermula 5 September ini

UWAIS yang akan bertanding kategori 12 tahun sudah  siap sedia untuk  bersaing di kejohanan Golf MSSM 2022 yang akan berlangsung di Labuan.

LABUAN: Seramai 196 pemain golf  muda lelaki dan perempuan akan berentap pada Kejohanan golf  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2022 di padang golf Labuan International Golf Club (LIGC)  di sini,  bermula 5 hingga 8 September ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Mohamad berkata, kejohanan yang berlangsung selama  tiga hari itu  membabitkan dua kategori bawah 18 dan 12 tahun.

Katanya, kesemua pemain tersebut yang mewakili 16 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan telah berkampung di pulau bebas cukai ini sejak Jumaat bagi mempersiapkan diri untuk bertanding pada kejohanan itu nanti.

“Ini kali kedua Labuan diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah  dalam pertandingan golf MSSM. Selepas  dua tahun terhenti akibat pendamik COVID 19.

 “Pemilihan venue dibuat berikutan kejayaan kami dalam menganjurkan acara itu pada 2019 dan kami berterima kasih kepada pegawai Kementerian Pendidikan atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kami,” katanya ketika dihubungi disni kelmarin.

Antara pemain muda yang sudahpun berada di Labuan menjalani latihan untuk membiasakan diri dengan padang keadaan golf LIGC ialah  Uwais Al Qarni  iaitu anak  sulung pelawak terkenal Shuib Sepathu.

Pada kejohanan kali ini, Uwais, 11, akan mewakili Selangor bagi kategori lelaki bawah 12 tahun.

Sebelum ini, Uwais pernah menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Junior kategori bawah 10 tahun  anjuran   Palm Resort di Johor Baharu baru baru ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN