KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Sabah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi Pelaksanaan Program Integrasi Data Sistem SKALA-PALMS, baru-baru ini.
Perlaksanaan program tersebut akan melancarkan lagi proses pemantauan projek Persekutuan di negeri ini. Sabah negeri pertama menjalin kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya persekutuan apabila
Timbalan Menteri Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup, ketika berucap pada majlis itu berkata, integrasi itu akan memberi manfaat kepada pegawai JKR persekutuan dan JKR Sabah dalam mengurus projek-projek yang sedang dilaksanakan di negeri ini.
Katanya, dengan adanya perkongsian data ini, akan meningkatkan kecekapan komunikasi dan pelaporan secara atas talian.
“Kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri perlu dipertingkatkan dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan projek serta program kerajaan ke arah transformasi digital,” katanya sempena lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kerja Raya Sabah, Khamis lalu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Menteri Kerja Raya Sabah,
Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata, MoU berkenaan tepat pada masa berikutan keadaan negara yang bergelut dengan banyak cabaran khususnya pandemik Covid-19.
Pada majlis itu, MoU ditandatangani bersama Pengarah Kanan Kerja Raya Malaysia, Ir. Badioezaman Ab Khalik dengan Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir. Hj. Ali Ahmad Hamid dan disaksikan Datuk Arthur Joseph Kurup , Dato sri’ Bung Moktar Radin dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Sulaiman.