31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Isteri mendiang Kupang Barasik terima sumbangan khairat dari ADUN Bingkor

Puan Alan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Puan Meninah.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan khairat kepada Puan Meninah Binti Usin isteri mendiang Kupang Barasik di Kampung Bandukan Baru.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi JPKK Kampung Bandukan Baru Puan Alan Katong dengan disaksikan oleh KK Agustine selaku Ketua Kampung Bandukan Baru Bingkor.

Alan yang mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, sumbangan ini semoga  bermanfaat dan dapat membantu keluarga yang mengalami kesusahan.

Junior (kiri) semasa menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di PKPD Kampung Nuntunan.

Sementara itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred mewakili Robert menyampaikan sumbangan bekalan makanan kering dan air minuman kepada petugas barisan hadapan yang ditugaskan menjaga penghadang laluan utama keluar-masuk di Kampung Nuntunan Apin-Apin yang di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Hadir sama ke lokasi adalah Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) N.40 Bingkor Tinus Majip.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN